Thursday, May 22, 2008

18hb may 2008

hari ini ana akan berangkat dari senai ke KLIA... di iringi oleh ramai kaum keluarga.. sampai saat nk terbang sedih la plak nk tinggal kan seluruh keluarga... melalak la plak bila bersalaman ngan isteri, anak2, ayahanda, bonda, kanda2 dan anak2 buah yg datang untuk sama2 mengucap selamat terbang ke Arab Saudi..


Wasalam

Tawaran kerja di Yanbo (Arab Saudi)

pada 4 nov 2007 ana berjaya dlm temuduga dengan satu company Arab Saudi ( Yansab ).. dah rezki ana agak nya di takdir kan Allah Taala untuk bekerja negeri yang di dalam nya ada Kaabah yang menjadi kiblat solat kita umat islam seluruh dunia.. rasa amat bertuah kerana ana diberi peluang oleh Allah Taala untuk datang kepadanya di tanah suci Mekah dan juga Madinah yang menjadi cita2 seluruh umat islam datang ke sana... setelah siap segala urusan dan persiapan , akhirnya dijadual kan terbang ke sana pd 18 may 2008...

Zaman Rock Kapak

ana dulu bikers JB... tp dulu la. enjoy gak jd bikers ni, seluruh malaysia sampai ke langkawi,phuket, join jelajah merdeka dan kembara mahkota johor iring YAM Tunku Mahkota Johor untuk progrem bertemu rakyat.. Banyak juga jumpa VIP seperti Tun Mahathir, Pak Lah dan lain.. Sampai la Jun 2006 sebelum terbabit dengan satu kemalangan jalanraya di Pasir Gudang dalam perjalanan pulang kerja. apa nk buat dekat 13 tahun menunggang big bike keliling satu Malaysia akhir tersungkur gak kat nak smpi umah plak tu.. ini lah qadak dan qadar namanya.. kalau tak ,taklah bikers namanya... so sekarang slow down down,, motor pun still kat workshop lagi.

Pas ni plan nak ride kapcai aje lah. Yang penting kan 'biker bike'.
Oh yer yang kaler oren ni, bike kawan ana... emm pun jual dah.
Wasalam